Bagi mereka yang meminati aktiviti sukan lasak, mendaki, traveler dan juga backpackers, Pulau merupakan salah satu destinasi yang menjadi kegemaran peminat-peminat aktiviti di atas.

Namun, bukan semua pulau adalah selamat untuk dikunjungi. Berikut adalah antara pulau yang paling merbahaya di dunia.

1. The Great Pacific Garbage Patch 


Pulau ni, takpayah cakap pun mesti dah tahu kan kenapa ianya sangat merbahaya? Lebih dikenali dengan Pulau Sampah, pulau yang dikatakan sebagai pemusnah terbesar haiwan laut dan hidupanya kerana terlalu banyak sampah yang susah untuk lupus dan sisa toksik.


Kos untuk membuang, melupus dan membersihkan sampah-sampah ini dianggarkan berjumlah lebih dari 1 billion dolar amerika. Fuhhhh, dah boleh beli sebijik pulau!

2. Pulau Ramree, Myanmar


Tahu tak sejarah Pulau Ramree ni? Di pulau ni lah berlakunya perang antara tentera Jepun dan buaya, yeeee.. buaya pada 19 Februari 1945. Tentera jepun ni diserang oleh beribu ekor buaya pada waktu malam. Dalam 1 ribu tentera yang di hantar ke pulau ini, hanya lebih kurang 20 orang tentera yang terselamat.


Mesti ramai yang tertanya-tanya, dah kenapa nak berperang dengan buaya pula? Sebenarnya, perang ni terjadi antara tentera British dan tentera Jepun, dalam lebih kurang seribu orang tentera tu adalah mereka yang terselamat dan melarikan diri ke pulau ni, namun malapetaka lain pulak yang terjadi.

3. Pulau Gruinard, Scotland 


Pulau yang di lihat indah dari kejauhan berbentuk bujur namun merupakan sarang kepada penyakit Anthrax ataupun Edema. 


Pernah digunakan oleh Kerajaan British untuk menjalankan ujikaji senjata biologi mereka.

4. Pulau Farallon , United State


Dan kenapa pula pulau cantik macam ni berbahaya? Antara tahun 1946 sehingga tahun 1970, lautan di sekitar Farallon Island ni dijadikan sebagai tempat buangan sisa toksik dan radioaktif.


Dianggarkan lebih kurang 47,500 biji galon-55 telah dibuang di sekitar pulau ini. Dikatakan cubaan untuk mencari dan membuang sisa ini mendatangkan lebih banyak bahaya daripada membiarkan sisa radioaktif tersebut di situ.

 5. Enewetak Atoll, Lautan Pasifik


Enewetak Atokk ni adalah pulau karang terbesar dengan keluasan tanah 5.85 kilometer persegi yang terletak di Lautan Pasifik. Di pulau inilah Kerajaan Amerika menjalankan 43 ujian nuklear.


Kesan daripada radioaktif yang dibebaskan berikutan ujian tersebut telah menjejaskan alam semulajadi di pulau tersebut. Seramai lebih dari 800 orang telah dipindahkan daripada pulau tersebut dan dijangkakan 10 tahun dari sekarang, tidak ada lagi habitat yang akan menduduki pulau ini.