Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pemergian seorang artis terkenal Korea, iaitu Choi Jin-ri ataupun lebih dikenali sebagai Sulli.
Sulli yang juga salah seorang ahli kumpulan K-Pop terkenal iaitu F(x) telah ditemui mati di rumahnya pada 14 Oktober 2019.
Rentetan daripada peristiwa itu, banyak spekulasi yang telah timbul mengenai sebab kenapa Korean Idol itu bunuh diri antaranya adalah disebabkan kemurungan.
Anda tahu kemurungan itu apa?
Kemurungan adalah penyakit mental yang menyebabkan perasaan (mood) seseorang individu menjadi semakin menurun sekaligus boleh menjurus kepada perbuatan bunuh diri.
Antara simptom-simpton seseorang itu mengalami kemurungan adalah:
1. Sentiasa berada dalam keadaan tiada mood dan susah untuk ceria.
Ini adalah tanda seseorang itu mengalami kemurungan yang sangat mudah untuk dilihat dengan mata kasar manusia, namun sering kali di salah ertikan dengan hanya mengalami perasaan sedih biasa.
Seseorang individu itu lebih suka mendiamkan diri, senyap, tidak mahu bergaul dan lebih teruk lagi, mereka tidak mahu berbuat apa-apa.
2. Tidak dapat menumpukan perhatian kepada sesuatu perkara.
Mereka yang sedang mengalami depresi ini sukar untuk memberikan perhatian yang penuh kepada sesuatu perkara. Hal ini adalah kerana dalam fikiran mereka terlalu semak dan sedang memikiran banyak perkara-perkara lain yang menganggu emosi dan perasaan mereka.
Kebiasaanya prestasi dalam kehidupan mereka akan jatuh merundum tidak kira la dari segi kehidupan seharian mahupun kerja. Mereka memikiran terlalu banyak perkara sehingga menyebabkan stress yang berpanjangan.
3. Mengalami penurunan dan kenaikkan berat secara mendadak tanpa disedari.
Ada antara mereka yang mana apabila menghadapi masalah ataupun stress, mereka akan hilang mood makan dan ada antara mereka yang akan menjadi kuat makan untuk melupakan masalah yang mereka hadapi.
4. Gangguan untuk tidur.
Antara simptom lain kepada kemurungan adalah Insomnia. Hal ini terjadi apabila seseorang individu mengalami kesukaran untuk tidur akibat daripada memikiran banyak hal.
Jika mereka mampu melelapkan mata sekalipun, mereka akan sering terjaga kerana bermimpi yang buruk. Hal-hal yang terjadi di dunia nyata terbawa-bawa sehingga ke tidur.
5. Sering memikirkan soal hidup dan mati.
Ini adalah simptom yang paling merbahaya sekali. Individu yang mengalami kemurungan sentiada berfikir mengenai kematian pada setiap masa. Mereka cenderung kepada mempersoalkan tujuan hidup, masalah yang menjerumus kepada jawapan MATI.
Cuba lihat orang sekeliling anda, ada yang mempunyai simptom seperti di atas? Bantu mereka! Bawa mereka bertemu dengan pakar dan jangan sesekali biarkan mereka bersendirian.
Ini adalah masa-masa di mana mereka sangat memerlukan bantuan anda. Jangan biarkan mereka keseorangan menghadapi kehidupan.
Jika anda sayang kawan-kawan anda, bantu mereka!
Sumber: Says.com
0 Comments