Asyik sembang pasal manusia je. Bosan la! Manusia ni la yang tidak pernah putus-putus mematahkan hati ini menjadi retak seribu. Entah apa yang merasuki mu! Hingga kau tega mengkhianatiku, Yang tulus mencintaimu!! kwak!! kwak!! kwak!!

Harini nak sembang mengenai bulus, tucen, memeow! Ingat manusia je ke yang boleh famous, kucing pun boleh jadi terkenal ok?! Insta Famous kot. Follower million tau! bukan kaleng-kaleng. Awak follower berapa? 120 je ke tu? HAHAHAHAHAHA


1. Nala Cat ™ 
    Instagram: @nala_cat 
    Follower: 4.2m


Nala adalah kucing paling terkenal di internet dan pemegang Guinness World Record bagi kategori kucing paling terkenal di Instagram. Nala terkenal disebabkan riak wajahnya melalui gambar gambarnya yang memperlihatkan sifat ingin tahu seekor kucing serta suka menjelirkan lidah seakan akan mengejek. 

2. Grumpy Cat
    Instagram: @realgrumpycat 
    Follower: 2.7m


Kucing yang terkenal kerana riak wajah yang garang dan sentiasa kelihatan seakan akan marah. Walaupun dia bukan paling banyak diikuti Instagram, dia mungkin kucing yang paling terkenal kerana liputan medianya yang meluas kerana sering muncul di kaca television serta gambarnya sering di jadikan 'meme GIF' di media sosial. Grumpy Cat atau Tardar Sauce mati di rumahnya di tangan pemiliknya iaitu Tabatha selepas komplikasi dari jangkitan saluran kencing pada 14 Mei 2019. Kematiannya diumumkan pada 17 Mei 2019 di media sosial. 

3. Lil BUB
    Instagram: @iamlilbub 
    Follower: 2.3m


Lil bub digelar sebagai kucing ajaib. Bukan sahaja dia terkenal di Instagram, tetapi dia mempunyai saluran YouTube sendiri, laman web, barangan, dan juga dokumentari sendiri di mana dia membantu meningkatkan $ 300,000 untuk haiwan yang memerlukan.

4. Smoothie the Cat
    Instagram: @smoothiethecat 
    Follower: 2.1m


Smoothie juga di gelar "Queen of Fluff",  serta 'kucing paling Fotogenik di dunia' menurut Us Weekly. Bersaiz kecil, mata bulat berwarna hijau serta  bulu yang lebat dan panjang, Smoothie kelihatan seperti kucing yang hidup dalam dunia fantasi.

5. Coffee aka Mr. White
    Instagram: @white_coffee_cat 
    Follower: 1.8m


Hampir sama terkenal dengan kakaknya Nala. Kucing Jantan comel yang berusia 3 tahun baru-baru ini berjaya mengatasi kanser dan menjadi kucing kelima paling banyak diikuti di Instagram.

6. Venus the Two Face Cat
    Instagram: @venustwofacecat 
    Follower: 1.9m



Venus digelar 'kucing dua muka' kucing kecil yang menakjubkan ini telah pun didokumentarikan di National Geographic kerana kecantikannya serta mempunyai wajah yang unik. Dilahirkan pada tahun 2008 atau 2009, Venus adalah kucing yang mempunyai wajahnya setengah hitam dan setengah merah tabby. Di samping itu, matanya juga berbeza warna, mata kirinya berwarna hijau, kanannya, biru. Akaun media sosialnya terkenal dengan tag "0% photoshopped, 100% born this way!"

Awak berapa follower tadi? 120? HAHAHAHAHA.
Dah dah la tu bersedih. Jom tengo kuceng! geletek kucing!