Media sosial dan website adalah antara medium popular yang sering kali dijadikan sebagai tempat berkongsi kepandaian segilintir masyarakat di luar sana. Ramai yang suka berkongsi tips seperti resepi masakan, kesihatan, life hack dan sebagainya.

Berkongsi itu tidak salah, namun apa yang menjadi kesalahan ialah apabila berkonsi sesuatu yang tidak tepat. Sepertimana yang dikongsi oleh Dr Amalina di laman twitternya mengenai mitos mengambil minuman sejuk ketika haid.


Dalam posting tersebut, Dr Amalina telah memuat naik satu gambar skrin yang telah di ambil daripada akaun Instagram TheFashionFile mengenai beberapa pantang larang yang perlu dielakkan semasa haid antaranya ialah pengambilan minuman sejuk. 


"Ini adalah maklumat yang salah. Tolong berhenti sebarkan penipuan" - Dr Amalina


Air sejuk bukanlah punca period pain mahupun kanser. Beliau tidak menyarankan untuk mengambil air sejuk ketika haid jika ianya mendatangkan ketidakselesaan kepada diri. Namun, Dr Amalina menyangkal dakwaan ianya adalah punca kepada kanser kerana air sejuk akan berubah suhunya sejurus memasuki sistem pencernaan.

"Apa yang tidak sesuai untuk badan awak, tidak semestinya tidak sesuai untuk orang lain"  


Jika anda mempunyai masalah berkaitan dengan kitaran haid, maka bersegeralah berjumpa dengan doktor. Jangan dan jangan dan jangan sesekali berunding dengan Dr Google, penjual produk mahupun bertanyakan soalan mengenai kesihatan di media sosial. Berjumpalah dengan mereka yang bertauliah dalam hal tersebut.

Dah baca? Kongsikan kepada rakan-rakan anda yang perlu tahu mengenai ilmu ini. #MelawanMitos


Sumber: Twitter DrAmalinaBakri, TheFashionFile