Peminat setia Anime pasti kenal siapa mamat botak ni. Superhero terkuat di dunia. Ni la Saitaman, hero dalam Anime yang berjudul 'One Punch Man'.

Saitama ni mampu mengalahkan musuh-musuhnya hanya dengan satu tumbukan sahaja. Hebat bukan? Macam mana Saitama boleh menjadi sangat kuat?

Dulu Saitama ni bukan botak pun. Malahan dia ni boleh di katakan hensem.



Saitama menjadi botak kerana latihan yang dia lakukan sangat extreme sehinggalah menyebabkan rambut Saitama mulai gugur. Apa latihan tu?

"100 PUSH-UPS, 100 SIT-UPS, 100 SQUATS, AND 10KM RUNNING, EVERY SINGLE DAY!!!"

Tapi artikel kali ini bukan nak cerita mengenai Saitama, tetapi mengenai seorang lelaki yang telah mengikuti latihan seperti yang dilakukan oleh Saitama ini selama 30 hari. Biar betul?!! Lepastu apa jadi?! Berkesan ke?!
Sean Seah, seorang lelaki yang berasal daripada Singapura telah mencuba teknik ini. Cabaran yang dipanggil 'One Punch Man Challange". Bermula dari hari pertama cabaran, berat Sean adalah 70Kg, lemak visceral 10 dan umur badan 40.

Sean bermula pada tahap 5, iaitu dengan melakukan 50 push-ups, 50 sit-ups, 50 squats dan berlari sejauh 5 kilometer setiap hari.


Sehinggalah pada minggu kedua apabila Sean merasakan perubahan pada dirinya agak perlahan, dia terus meningkatkan tahap latihan kepada tahap 7 dengan melakukan senaman yang sama tapi pada kadar 70 kali setiap senaman dan 7 kilometer larian.

Sean sekali lagi meningkatkan latihanya kepada tahap 9 pada hari ke 22 dan keesokannya pada hari ke 23 Sean telah mengikuti senaman ini pada tahap ke 10 sehinggalah hari ke 30. 



Hasilnya??



Hebat tak hebat? mesti la hebat. Ingin memiliki badan seperti ini? Apa tunggu lagi! bukti dah ada depan mata. Latihan 100 push-ups, 100 sit-ups, 100 squats dan 10km larian itu adalah wajib. Nak botak ke tak, pilihan. Untuk permulaan mungkin boleh bermula pada tahap 3? Macam best je.... Ok go!