Bagi seorang cat-lover, kehilangan kucing kesayangan adalah salah satu masalah yang amat berat untuk dihadapi lebih-lebih lagi jika kucing tersebut adalah kucing yang amat disayangi dan di jaga sejak kecil. Kehilangan kucing ini boleh menganggu kehidupan seharian mereka sehingga boleh menyebabkan stress dan boleh menangis! Bahaya penangakan si bulus ni.


Jika anda kehilangan kucing kesayangan anda, apa yang akan anda lakukan? membuat report kepada polis? haha. Ataupun mencari seharian? membuat poster kucing hilang? Bermacam-macam cara yang boleh anda lakukan. Tapi, tahukah anda ada satu cara ataupun teknik yang sangat berkesan mengenai cara dan teknik berkesan untuk menjejaki kucing yang hilang.

Charlie yang telah memuatnaik satu posting di twitternya mengenai kucingnya yang telah hilang berhari-hari, dibalas komen oleh warga netizen yang berkongsi tips menjejaki kucing adalah dengan memberitahu kepada kucing jiran atau kucing liar dengan berkata;

Jika kamu nampak kucing saya, beritahunya untuk pulang dengan segera


Tips ini kelihatan tidak masuk akal! Namun alangkah terkejutnya Charlie apabila kucingnya yang hilang itu telah muncul di depan rumahnya pada keesokan harinya.


Ibu saya mencuba kaedah ini dan keesokkanya kucing saya pulang ke rumah

Saya sudah mencari kucing saya di merata tempat dan terserempak dengan kucing liar, lalu saya memberinya makan dan berpesan pada kucing liar itu untuk bercakap dengan kucing saya, Selang setengah jam, kucing saya pulang

Oleh itu, kepada mereka di luar sana yang kehilangan kucing kesayangan mereka, bolehlah mencuba tips ini. Usaha dan jangan lupa berdoa. Siapa tahu tips ini mungkin berkesan kepada anda. Jangan lupa kongsi jika bermanfaat.

Oleh kerana mimin adalah seorang cat-lover, jika anda mempunyai kucing ataupun menjumpai kucing yang sakit dan memerlukan kos rawatan yang tinggi, boleh menghubungi kami di sini, ataupun hubungi kami di ohviral.net@gmail.com ataupun terus ke whatsapp kami. Kami tidak berjanji untuk membantu dari segi kewangan, tetapi kami boleh membantu anda untuk berkongsi kisah anda. Mungkin ramai di luar sana yang ingin membantu!