Aku merupakan pelajar tingkatan 6 2019 dan mengambil aliran sastera. Kisah aku bermula ketika aku berada di semester 2. Siapa yang masuk tingkatan 6 akan faham bagaimana situasinya. Waktu terlalu padat dengan assigment lagi, kadang-kadang dapat tidur, kadang-kadang tak. Kalau dapat tidur pun tak cukup untuk berehat.
Kisah aku bermula sekitar bulan 4 di mana aku sudah 4 hari tak tidur sebab nak siapkan assigment. Aku sedang membuat assigment dari jam 9:00 malam hingga jam 3:30 pagi. Memang penat, memang pening, memang blur nak buat. Tapi sebagai seorang pelajar, inilah tanggungjawab kita.
Apabila jam menunjukkan pukul 3:30 pagi, aku mengemas barang-barang aku untuk tidur. Sedang asyik mengemas aku terjumpe satu fail. Fail tersebut merupakan fail aku ketika di semester 1. Kepada yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif (KMK) pasti akan tahu bahawa kita akan mengkaji mantera ulek mayang.

Ketika aku membuka fail, aku terus membaca mantera dalam hati sambil berirama. Sesudah itu, aku pun masuk tido. Baru jer nak tidur, ade sesuatu yang melompat-lompat di atas tilam aku. Bila aku buka mata, suasana sepi sahaja. Aku pun tidur semula, tiba-tiba dia menindih aku di bahagian kepala. Memang aku dapat rasakan tindihan die tu. Kemudian tangan aku seperti diikat dan ditarik ke atas dan ke belakang. Aku pun terlaksa melawan daripada tindihan tersebut. Apabila aku sedar, aku duduk untuk tenangkan fikiran dan kembali tidur.
Tidak lama selepas itu, aku rasa ada sesuatu yang melintas di atas aku. Aku buka mata untuk intai, melihat apa yang dia buat. Bila aku toleh ke belakang aku lihat selimut aku berdiri tegak seperti ada sesustu yang mengangkatnya lalu menyelimutiku dan tangan aku sekali lagi diikat, hanya kaki sahaja yang dapat bergerak. Aku pun apa lagi, meronta la dalam selimut nak lepaskan diri. Aku tolak selimut guna kaki sehinggalah selimut itu mule melepasi dahi aku. Apabila sudah melepasi mata aku, aku dapat lihat seorang perempuan tua yang kulit nya berkedut, hidungnya panjang, berambut putih, dan berpakaian serba putih.
Kemudian aku memang tak ingat apa yang berlaku, sedar-sedar aku dilepaskan oleh makhluk tersebut apabila terdengar orang masjid mengaji. Jam menunjukkan pukul 5:30, waktu itu sahajalah yang aku dapat berehat sebelum bersiap untuk ke sekolah pada jam 6:00 pagi.
Memang barai, memang penat sebab aku gunakan banyak tenaga untuk melawan dia.
Kiriman: Azarudin
Kiriman tanpa suntingan kecuali gambar yang diperolehi daripada Google.
*Siapa-siapa yang ingin berkongsi cerita kepada kami boleh la emailkan cerita kepada kami di admin@ohviral.net ataupun klik di sini!
Korang juga boleh sertakan nama instagram korang untuk dijadikan sebagai sumber ataupun 'stay anonymous'. your secret are safe with us!

0 Comments