Hi guys. Buat apa tu? asyik layan cerita hindustan guling-guling dekat taman je. Tak bosan ke? moh la baca cerita ni.
Cerita Seram ini telah ditulis oleh seorang individu bernama Syaf di akaun Twitternya dengan tweethandle @the_khayalans yang telah menjadi viral apabila dikongsi lebih dari 16 ribu perkongsian.
Hotel ni dulu adalah kem tentera british dan tempat pegawai-pegawai british duk melepak sebelum di ambil alih oleh kerajaan Perak pada 12 september 1972. Menurut Syaf para pengunjung yang menginap di hotel itu kerap kali diganggu dengan cara dipindahkan ke bahagian luar bilik hotel ketika sedang lena tidur.
Kawan kepada ibunya juga yang melakukan aktiviti paranormal pernah mengalami pengalaman seram, menurut syaf ketika kawan ibunya menginap di hotel itu dia ternampak satu bayangan yang lalu betul-betul depan mata tetapi dia tidak menghiraukan gangguan tersebut kerana pada masa itu dia sedang membaca Alquran, tetapi makhluk itu tidak berhenti disitu kerana ketika membaca Al-quran dia terdengar bunyi bising dari tingkat hotel seperti ada benda yang di tarik dan selepas itu dia terasa ada benda yang memegang bahunya dari belakang, beliau lantas berdiri dan terlihat bayangan yang sama.
Ketika itu kawan ibunya tidak berfikir panjang dan terus mengekori bayangan tersebut ke satu bilik kosong tetapi selepas itu beliau mendapati tiada sesiapa pun dalam bilik tersebut.Ketika dia hendak balik semula ke biliknya dia seperti tersesat dan berpusing pusing di tempat yang sama sehinggalah beliau penat dan duduk serta terus tertidur. Keesokan harinya ketika beliau bangun beliau sudah berada di luar hotel dan barang barang miliknya juga di campak ke luar hotel.
Haa yang tadi tu cerita dari kawan mak dia. cerita ini pula dari kawan pakcik si Syaf ni. Syaf menceritakan bahawa banyak jenis gangguan seperti loceng di kaunter hadapan hotel sering berbunyi dengan sendirinya serta pekerja hotel sering diganggu dengan cara hantu itu menyamar sebagai penginap di hotel tersebut.
Nak di jadikan cerita, waktu tu hujan (biasalah, cerita hantu kurang seram la kalau tak hujan), kawan pakcik si Syaf ni sedang bertugas sebagai receptionist, sedang-sedang bertugas tu, datang lah satu keluarga nak check-in ke hotel ni. Keluarga ni nak menginap selama dua hari. Si pakcik layan la sehingga ke sesi memberikan kunci bilik. Sewaktu nak memberikan kunci bilik, si pakcik ni dah rasa lain dah, seperti ada sesuatu yang aneh dan pelik.
Sesudah mendapatkan kunci bilik, family tersebut pun berlalu pergi menuju ke bilik mereka. Tak berapa lama lepastu si pakcik ni dapat panggilan room service yang datangnya dari bilik tersebut. Keluarga ni order makanan, menurut cerita dalam akaun Twitter si Syaf ni, agak banyak la juga makanan yang di order. Fuhhh! kuat makan eh hantu jaman now.
Selepas dua hari, keluarga ni tak datang pun ke kaunter untuk urusan check-out. Si pakcik ni pergi la ke bilik tersebut untuk memeriksa kot-kot ada sesuatu terjadi ke, keluarga ni nak tambah hari menginap ke. Pintu pun diketuk-ketuk ramadhan tapi tak bersahut. Bunyi kipas boleh di dengar dari luar, namun tiada siapa yang menyahut panggilan dan ketukkan si pakcik ni.
Si pakcik ni pun ambil la kunci spare, di bukanya pintu tersebut tapi kosong. Tiada siapa pun yang berada di dalam bilik tersebut. Apa yang peliknya, kipas tengah on dan kunci bilik yang sepatutnya di pegang oleh keluarga tersebut tersusun rapi di atas rak. Comel jek hantu ni, tak tahan dengan panas Malaysia. Tu baru panas Malaysia! belum neraka lagi!
Pakcik ni pun apa lagi, gelabah dan cuak terus berlari ke meja receptionist dan mengambil buku pendaftaran untuk memeriksa details orang yang datang menginap tu. Sekali lagi perkara pelik terjadi, apabila bilik tersebut memang tidak pernah dihuni oleh mana-mana keluarga sepanjang dua hari ni. Dia pun tanya la orang yang kerja cafe, memang ada bilik tu order makanan. So? pandai-pandai la korang pilih, perawan atau janda.
Sebelum tu, jom la layan komen-komen daripada netizen.
Padu beb! bukan hantu shaiton je yang menghuni tempat ni, manusia hantu pun turut menumpang sama.
Hantu memang suka kacau gegirl lawa je ke? ke cemana?
Dalam seram-seram pun, ada juga yang berseloroh dan berlawak. ha ha jom gelak!
Melayu dengan lawak sosial media memang tidak dapat dipisahkan!
Itu je la, baca dah, nak percaya itu terpulang kepada diri sendiri. Tepuk dada, rasa sakit di dada.
Sumber: the_khayalans





0 Comments