Masyarakat  minoriti Muslim Uighur dan juga pergerakan Falun Gong menjadi mangsa kekejaman eksploitasi organ di China. Kerajaan China dituduh mengambil organ secara paksa daripada masyarakat minoriti ini seperti jantung, ginjal, buah pinggang, paru-paru, mata dan kulit daripada masyarkat minoriti ini.


Organ-organ yang telah diambil ini kemudianya akan dijual kepada pesakit asing dari luar negara melalui pasaran gelap dengan harga yang sangat tinggi.


Peguam China Tribunal, Hamid Sabi berkata, pihaknya mempunyai bukti atas kekejaman tersebut.

Sabi mengatakan kekejaman ini melibatkan ratusan ribu mangsa dan merupakan kekejaman paling teruk pada abad ini. Bagaimanapun beliau tidak mengatakan secara spesifik berapa jumlah organ yang telah 'dituai' ataupun jumlah organ yang di ambil daripada golongan minoriti Muslim Uighur mahupun gerakan Falun Gong ini.


"Pemindahan organ untuk menyelamatkan nyawa adalah satu tindakan yang mulia, namun membunuh penderma organ tersebut adalah jenayah" 


Pada tahun 2001, Kerajaan China mendakwa sumber utama organ adalah daripada penderma secara sukarela masyarakat China namun 4 tahun kemudian mereka mendakwa kebanyakan orang di ambil daripada banduan yang akan dijatuhkan hukuman mati.

Berhubung dengan situasi ini,  Asha Alibarre telah memulakan satu petisyen untuk menghalang Kerajaan China mengambil organ daripada masyarakat minoriti Muslim Uighur dan pergerakan Falun Gong. 

Silakan ikuti petisyen ini sebagai tanda sokongan anda untuk menghalang kekejaman ini daripada terus berlaku. Tekan di sini!

Kongsikan kepada kawan-kawan, keluarga anda dan siapa sahaja di luar sana agar perkara ini dapat dihalang daripada terus berlaku