Hai Assalamualaikum.

Hari ni kita sambung cerita mengenai sihir. Pada kali ini kita akan mengupas mengenai jenis-jenis sihir. Tahu kan sihir tu apa? HAA?? Tak tahu? Anda rasa min ada masa untuk sakit kepala? nak explain benda ni sekali lagi? Boleh baca dekat sini! Jenis-jenis sihir ini adalah yang sering kita dengar berlaku terutama sekali Malaysia. Mari kita lihat satu persatu:-

1) SIHIR PEMISAH


Dikenali juga sebagai Sihir At-Takrif. Sihir pemisah ni suda pun wujud sejak dari zaman dulu sebagaimana yang diceritakan dalam posting sebelum ini, di mana Malaikat Harut dan Marut telah mengajarkan Sihir Pemisah ni kepada manusia sebagai mana dalam surah Al-Baqarah ayat 102 yang bermaksud;

“…Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu melainkan dengan izin Allah…”

Dan ketahuilah kalian bahawa cerai yang disebabkan oleh sihir, adalah tidak sah kerana ianya berlaku tanpa kesedaran dan tidak mempunyai akal fikiran yang waras pada ketika itu - Ustaz Azhar Idrus.

2) SIHIR MEMUKAU


Tahukan pukau tu apa? Mangsa pukau akan mengikuti segala kemahuan dan permintaan si pemukau. Sekali bahu di tepuk, RM50,000 melayang. Sekali wajah dihembus, kesucian tergadai. Biasanya pukau ini digunakan untuk mencuri, merompak, untuk memperdayakan orang di sekeliling dan yang paling malang sekali ada yang menjadi mangsa rogol disebabkan pukau ni. 

Mereka yang dipukau ni umpama orang gila. Tidak mempunyai pertimbangan dan akal fikiran yang waras disebabkan oleh si pemukau. Menurut seorang pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, dosa-dosa yang dilakukan oleh individu sewaktu dalam keadaan dia dipukau adalah ditanggung oleh si pemukau.

3) SIHIR SANTAU


Santau ni adalah antara sihir yang paling bahaya kerana ianya boleh membawa maut. Santau merupakan satu ilmu hitam yang digunakan untuk meracuni dan menyeksa mangsa sehingga boleh membawa kepada kematian. Sebelum mangsa mati, mangsa akan menderita penyakit kronik yang sangat ekstreme dan pelik. Tidak akan dijumpai ubat kepada penyakit tersebut walaupun di bawa ke hospital untuk berubat, doktor tidak akan dapat mengesan sebab dan punya penyakit tersebut apatah lagi untuk mengubati.

4) SIHIR PENGASIH/ PENUNDUK 


Sesetengah orang memanggil sihir ini sebagai sihir guna-guna. Antara lain sihir pengasih yang popular adalah sihir minyak dagu. Melalui cerita, sihir minyak dagu ini diperoleh dengan menggali kubur mayat, membakar dagu mayat tersebut dengan api sehingga keluar/menitik cecair yang digunakan sebagai minyak. Sihir ini digunakan untuk membuatkan seseorang tertutup hatinya untuk mencintai si pengguna sihir sahaja. Menurut seorang pendakwah bebas, Ustaz Kazim Elias, anak daripada hasil perkahwinan menggunakan sihir pengasih ini mempunyai sifat yang degil dan suka kepada kemungkaran. Tambah beliau lagi, apabila perkahwinan tersebut tidak tahan lama dan bercerai, si mangsa tidak akan berkahwin dengan orang lain lagi kerana dia sudah dikunci dengan ilmu pengasih kecuali ilmu tersebut 'dibuka'.

5) SIHIR PERNIAGAAN 


"9/10 sumber rezeki adalah melalui perniagaan" - Hadith riwayat Tarmizi.

Namun ramai yang mengambil kesempatan dan mengamalkan sihir ketika berniaga. Sihir perniagaan ini terdapat dua kategori utama iaitu Sihir Pelaris dan juga Sihir Penutup.

Sihir Pelaris

"Pelaris ni boleh guna, cuma kalau tak kena dengan caranya, ianya adalah syirik dan dilarang sama sekali" - Ustaz Azhar Idrus

Antara pelaris yang boleh diamalkan ialah:

1- Memulakan perniagaan dengan solat hajat.

2- Mulakan dengan membaca bismilah dan memberi salam kepada setiap tetamu/ pelanggan yang datang.

3- Makanan yang dijual tidak terlalu mahal.

4- Keadaan permis adalah bersih.

Namun ada yang menggunakan khidmat bomoh agar jualan dan perniagaannya menjadi laris sebagai contoh mengantung tangkal di pintu permis, menggunakan bantuan syaitan dan sebagainya. Ada satu cerita dimana, seorang peniaga makanan ini menggunakan pelaris iaitu bantuan daripada syaitan agar perniagaannya laris. Makanan yang telah dimasak kononnya akan diludah ataupun dikencing oleh makhluk tersebut membuatkan ianya merasa sangat sedap dan membuatkan si pelanggan terfikir-fikir akan makanan tersebut.

Sihir Penutup 


Ini sering terjadi di antara peniagaa kerana sifat dengki dan iri hati. Merasa tidak senang dengan kejayaan orang lain. Angkara tidak puas hati, mereka menggunakan jalan pintas dengan menghantar sihir agar perniagaan tersebut tutup.

Terdapat banyak lagi jenis sihir yang akan kita rungkai pada masa hadapan. Sekian sahaja untuk coretan pada kali ini, untuk memahami apa itu sihir sila baca di sini! Anda boleh mengirim cerita seram yang ingin dikongsi kepada kami di sini!