Korang tahu tak jerebu tu apa sebenarnya?
Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.
Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
-Pembakaran Secara Terbuka
-Asap Dari Kilang
-Asap Dari Kenderaan
-Kebakaran Hutan
Viral di media sosial apabila tersebarnya beberapa video Kematian manusia dan binatang akibat daripada jerebu yang semakin membimbangkan.
Pasti ramai tahu mengenai keadaan jerebu yang semakin buruk di Selatan Sumatera, Indonesia. Susulan jerebu teruk itu, dua orang termasuk bayi berusia empat bulan dilaporkan maut.
Memetik laporan Kompas, bayi kepada pasangan petani di kampung Talang Bulu, wilayah Banyuasin itu meninggal dunia kelmarin di Hospital Ar-Rashid, Palembang akibat mengalami masalah pernafasan teruk.
Manakala satu lagi kes kematian melibatkan seorang lelaki berusia 59 tahun yang tinggal di Pekanbaru maut di ladangnya yang diselubungi asap tebal pada 25 Ogos lalu.
Di Malaysia, telah mengakibatkan beberapa buah sekolah telah ditutup kerana IPU yang sangat tinggi dan tidak sihat. Sebanyak 1,603 buah sekolah telah ditutup di seluruh negara akibat daripada jerebu yang membabitkan seramai 1,060,184 pelajar.
Kesimpulanya, jerebu membawa kesan yang sangat negatif bukan sahaja kepada kehidupan manusia tetapi juga kepada ekosistem sehingga mengakibatkan kematian.
Sumber: hmetro
P/S: namun, apa yang paling membimbangkan sekali, jerebu yang sangat teruk ini juga mengakibatkan admin tak nampak jodoh, sesat disebabkan jerebu ke tu?


0 Comments