Nama aku Gizmo, mamy dah mandikan aku semalam! bulus dah halus dan mulus. Semua betina yang nampak aku pasti akan terpikat, macam Miley Cirus kena Sinus! - BenGizmoloo
 
Hah? Jeles? Marah? Nak pukul? Gigit?


Aku ada seekor abang, nama dia Gigolo. Dia ni comel tapi tu lah, bodoh x boleh bawak bincang!




Kepada tino-tino luar tu, jauhkan diri anda dari abang aku ni.

Harini, aku nak pergi jumpa awek aku. Kepada ibu-ibu bulus di luar sana, sembunyikan miau anda! abang Gizmo nak keluar ni! Takut terpikat ikut Gizmo balik rumah pulak! 

Aku nak keluar ikut tingkap, biar mami tak dapat kesan! Aku bergerak perlahan-lahan agar hentakan paws aku tak didengar oleh mamy. Namun.. Ceng!! Abang aku jeliiing je dari sudut kamar tanpa aku sedari~


Abang aku berguling dan berguling dan berguling. Melompat dari katil terus ke arah aku! dan aku apa lagi terkezut la! 


kuang hajo la dia ni!! bodoh abang aku ni tak boleh simpan la gais. aku pun marah la! dah hensem-hensem nak jumpa kekasih, dia tunjuk bodoh dia pula!


Dari dulu sampai sekarang, bodoh abang aku ni tak boleh bawak bincang la gais.


Abang aku pun tanya.

Gigolo : Haaa nak pegi meowna tu? bagitau mamy!

Gizmo: Nak pegi jumpa kekasih hati la, mana lagi.

Gigolo: Haa tu pipi tembam tu sorok apa? Kibbles? Royal canin? nak bagi awek?

Gizmo: 


dah memang pipi aku tembam kot! bye! jangan sebok nak bagitau mamy!

Aku pun melompat ke arah tingkap belakang rumah dan terus terjun ke luar. Aunty sebelah rumah tengah cuci kereta pulak la gais. Dia tenung aku, aku tenung dia balik! Aku menang! dia ambil kepala paip dan terus cuba nak siram aku! Aku apa lagi berlari sekuat dengan membawa lemak badan yang mengelebeh ni! Aku dah tak boleh sabar dah dengan perangai aunty ni!


Aku memang dari dulu lagi berdendam dengan aunty ni. sebab apa? Rumah aunty ni tengah-tengah di antara rumah aku dan kekasih hati aku! Siap la! kejap lagi balik dari meodate aku berak dekat depan rumah dia!

Selepas berlari seketika dan merasa selamat, aku berhenti jap. Jilat-jilat bulus aku agar nampak lebih kemas! Pastu aku berjalan selamba, perlahan.. dan penuh bergaya.

Namun.... Apa yang aku nampak, kekasih. hati. aku. tengah. berjimak. dengan. meow. lain! masa tu aku memang dah tak boleh tahan dah amarah dalam diri ni. 


Nasib baik anak mamy nampak aku dan terus berlari untuk mendapatkan aku. kalau tak! memang kena memeow tu! Nama anak mamy tu Adek, Adek pun mendukung aku dan bawak aku balik ke rumah. Aku dah tak boleh tahan perasaan gais. Terus berlari ke bilik, kunci pintu, meownangis tiada bunyi!

'okey bagi aku kibbles tidak kisah kibbles apa, masuk dalam perut, hembus sendawa ke atmosfera, tiada kibbles dan susu boleh bagi aku tulang, BenGizmoloo kucing sedih tak boleh bawak bincang!' 


Aku dah nekad!


Ok la! Gizmo penat dan sakit di dalam! Nak tido! Bye!