Sejarah 28 tahun lepas berulang kembali pada hari ini apabila Indonesia sekali lagi dikejutkan dengan fenomena 'langit berdarah' yang sebelum ini berlaku pada tahun 1883 akibat letusan gunung berapi Krakatau dan gunung berapi Pinatubo pada tahun 1991.
Kali ini, fenomena langit bertukar menjadi warnah merah berlaku di Jambi berpunca daripada keadaan jerebu yang sudah berada pada lapisan tinggi di atmosfera kesan daripada kebakaran hutan yang meluas.
Ketua Data Pusat Data dan Informasi (Kapusdatin) Badan Nasional Penanggulangan Bencana ( BNPB), Agus Wibowo Soet berkata, kejadian ini adalah disebabkan berlakunya pergerakan jerebu daripada titik panas yang ada di wilayah bahagian selatan Riau sejak pertengahan Ogos 2019.
Fenomena ini yang juga dikenali sebagai Hamburan Rayleigh berlaku apabila cahaya matahari telah diserakkan oleh asap, habuk atau zarah dengan menapis cahaya gelombang pendek dan melepaskan cahaya gelombang panjang yang selalunya berwarna jingga atau merah menyebabkan keadaan menjadi malap dan kemerahan sebagaimana yang diberitahu oleh Marufin Sudibyo, seorang ahli astronomi Indonesia.
Beliau menegaskan bahawa fenomena ini adalah bukan disebabkan berlakunya peningkatan suhu pada kadar yang luar biasa dan ianya tidak memberi gangguan kepada penglihatan manusia.
Sebelum ini tular di media sosial kejadian di Jambi yang menunjukkan langit di kawasan berkenaan tular menjadi merah meskipun ketika itu baharu jam 11 pagi.
Video ini telah menjadi tular di laman sesawang Twitter apabila telah dikongsikan oleh orang awan lebih dari 25000 perkongsian. Namun terdapat beberapa komen 'pedas' yang telah dilontarkan pada tweet tersebut cuma kerana ramai netizen yang menyebut '@' akaun rasmi Pak Jokowi. Berikut adalah antara komen-komen yang boleh kita lihat berikutan fenomena tersebut;
'Kenapa harus berpecah apabila berlakunya keadaan seperti ini? seharusnya saling mendukung dan menjaga. kebersamaan dalam kesulitan' admin sedang berbahasa Indonesia, gituuuu~
Mari kita buka minda kita, dan kita melihat fenomena ini dari sisi lain.
Allah berfirman dalam surah Ar-Rahmaan ayat 37.
55:37 Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
55:38 Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
55:39 Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
Ini adalah firman Allah dalam Al-Quran, sebagai salah satu tanda kiamat. Mari kita sama-sama mengambil iktibar dan memperbaiki diri. Mari kita sama-sama mendoakan saudara kita di Indonesia agar dipelihara keharmonian dan dijauhkan daripada malapetaka.





0 Comments