Baca je tajuk terus berdiri bulu roma, lagenda hantu Nang Nak ni antara yang paling popular di negara Gajah putih, Thailand. Tapi apa kisah disebalik Nang Nak ni?
Mengikut kisah lagenda yang diceritakan turun temurun di sana, Nak merupakan seorang wanita yang sangat cantik tinggal bersama suaminya yang bernama Mak. Nang Nak bermaksud 'Cik Nak', mereka ni tinggal bersama di satu kawasan tebing sungai yang bernama Phra Khanong, terletak dalam kawasan Bangkok.
Kisah hantu ini bermula pada sekitar pemerintahan Raja Rama Keempat iaitu sekitar tahun 1800, cerita lagenda ini dikisahkan apabila Mak dikerah utk menyertai peperangan ketika itu.
Dalam peperangan yang sengit tersebut, Mak telah cedera parah dan dia telah
mendapat rawatan di hospital tengah bandar Bangkok. Malangnya ketika itu Nak dan
bayi yg dikandung meninggal dunia akibat komplikasi semasa melahirkan anak
sulung mereka, waktu tu Mak memang tak tahu yang isteri dia dah meninggal.
Bila dah dapat rawatan di Bangkok, Mak ni balik ke kampung halaman dia.
Mak rasa sangat gembira bila tengok isteri dia dah bersalin. Tapi apa
yang Mak ni rasa tak senang bila orang kampung bercakap pasal mereka,
katanya Mak ni sebenarnya tinggal bersama hantu.
Hanya Mak sahaja yang nampak isteri dan anak dia dan itu sebabnya orang
kampung kata dia tinggal dengan hantu. Jadi Mak pada mulanya rasa macam
tak percaya, mungkin orang kampung ni iri hati dengan dia.
Namun pada satu hari, bila Nak tengah menyediakan makanan yang dipanggil
Nam Phrik, lebih kurang macam sambal belacan jugalah. Bila Nak ni perah
limau nipis, limau tu terjatuh, dan Nak ni memanjangkan tangannya untuk
ambil limau tu.
Tanpa dia sedari, Mak tengah memerhatikan tangan dia yang panjang tu,
dari situlah Mak percaya cerita orang kampung yang sebenarnya isteri dan
anak dia dah mati, bertukar menjadi hantu.
Dia tahu yang dia perlu lari dari rumah tu, bila waktu malam menjelma,
Mak bagitahu isteri dia yang hantu ni, dia nak pergi tandas. Dia apa lagi
terus berlari sekuat hati dan dia dikatakan menyorok dalam semak yang
ditumbuhi dengan pokok Naat.
Orang Thailand percaya hantu atau roh jahat ni takkan datang dekat bila
ada pokok Naat ni. Mak pulak lari ke sebuah tempat nama dia kuil
mahabut, dekat situ pun hantu Nak ni tak boleh masuk sebab orang sana
percaya tempat ni merupakan tempat suci.
Nak dapat tahu yang suami dia dah larikan diri, akibat mulut orang
kampung yang bercakap pasal kematian Nak ni. Hantu Nak mula mengganggu
penduduk kampung tersebut sehingga keadaan kampung tak tenang.
Selepas hantu Nang Nak ni kacau penduduk kampung, pawang akhirnya
berjaya tangkap roh hantu ni dan letak dalam tembikar tanah lalu dibuang
dalam sungai. Kalau nak tahu, penduduk disana ada buat tempat sembahan
kecil khas untuk Nang Nak ni.
Berada dalam kawasan kuil mahabut tu, patung dan juga lukisan gambar
Nang Nak dipamerkan dekat situ.
Ada orang yang datang untuk meminta
hajat dengan membawa kain berwarna dan juga buah, bunga serta colok.
Kredit: John Mohamed
0 Comments