Pernah tak? Bermimpi, lepastu dalam mimpi tu kita pergi tandas. Bangun-bangun je dari tidur, ehh! katil dah basah. HAHA!

Okey yang tu hal lain. Pernah tak? Dah gosok gigi, tukar baju tidur, tepuk-tepuk bantal lepastu tidur. Tak lama lepastu kita  bermimpi, tapi kita macam terjaga, tapi masih tidur. Kita tahu yang kita sedang bermimpi??

Pernah tak? Bermimpi sedang bergaduh, lepastu kita upgrade diri kita dalam mimpi tu, mempunyai ilmu mempertahankan diri yang terulung di nusantara?

Ataupun mimpi sedang memandu, sedangkan lesen L pun tak siap lagi, tapi dalam mimpi tu skill drift bukan main lagi. Kalah pelakon Fast and Furious. Hahaha

Tak pun, sedang-sedang bermimpi seram, di kejar pembunuh ke, masuk rumah hantu ke. Lepastu bila dah tak tahan sangat dengan mimpi tu, anda tukar mimpi tu kepada mimpi lain! mimpi yang indah guling-guling dekat taman bunga macam cerita hindustan. Pernah??

Haa ye! tahu! lepastu? apa kaitan benda jadah dekat atas ni dengan tajuk??

Kalau jawapan kepada soalan-soalan di atas ni adalah 'YA' maka.....

Tuan-tuan, puan-puan, adik-adik, akak-akak dan dan sayang-sayang sekalian, benda yang korang alami dekat atas ni lah yang disebut sebagai Lucid Dream.

Dahh apa benda pulak Lucid Dream ni??

Lucid Dream ni adalah satu mimpi di mana seseorang individu itu sedar bahawasanya dia sedang bermimpi dan mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk mengawal, mengubah dan menetapkan bukan sahaja jalan cerita mimpi tersebut, tetapi juga siapa yang akan wujud dalam mimpi tersebut, sifat dan perangai, situasi, keadaaan, dan banyak lagi.

Sebagai contoh, anda adalah seorang lelaki tak guna! tak! lelaki je. Lepastu dalam kehidupan sebenar, ada seseorang yang anda minat dalam diam, alaa macam dalam lagu Shiela on 7 - Pemuja Rahasia. Tapi sayang, wanita tersebut dah berpunya. Haha. Mesti ada kan?

Lepastu, pada satu malam korang bermimpi. Dalam mimpi tersebut korang mimpikan wanita tersebut gaduh dengan boyfriendnya. Maka anda pun menggunakan kuasa Veto  mimpi anda dengan muncul sebagai abang hensem, menjadi penghibur hati gadis idaman tersebut dan akhirnya korang bersama, bahagia hingga ke akhir hayat dengan 11 orang anak. Lepastu jadi coach dan buat team futsal. Hahaha! Pernah buat kan?! eee mengaku je lah!

Lepastu jam 3 pagi, anda terjaga! sedih gila sebab kebahagian dah tamat. Anda cuba tidur, dan cuba untuk sambung mimpi tersebut! dan berjaya! Apakah nama kepada situasi ini? Tahniah, and suda pun mencapai satu lagi level dalam Lucid Dream. Nanti kita explain apa benda pula ni, mampu menyambung mimpi?? biar betul???

Sekian sahajalah penerangan mengenai Lucid Dream ni. Nanti kita sambung part lain. Okey ke okey? dah la. Bye.