Lucid Dream ni adalah satu mimpi di mana seseorang individu itu sedar bahawasanya dia sedang bermimpi dan mempunyai kebolehan dan keupayaan untuk mengawal, mengubah dan menetapkan bukan sahaja jalan cerita mimpi tersebut, tetapi juga siapa yang akan wujud dalam mimpi tersebut, sifat dan perangai, situasi, keadaaan, dan banyak lagi.

Dah baca belum? apa itu Lucid Dream??? Dah? Bagus.. Haa apa? Belum?!! Pegi baca sekarang!!! >click here<

Okey, sekarang dah tahu apa itu Lucid Dream. Best tak? Dapat kawal mimpi kot! Boleh buat apa je dalam mimpi tu. So, macam mana cara nak dapatkan Lucid Dream ni? Sebenarnya, banyak cara dan tips nak dapatkan Lucid Dream ni, di bawah ni min senaraikan top 5, cara untuk dapatkan Lucid Dream.

1. Tetapkan Alarm

Eeee!! kan kita nak mimpi, dah kenapa perlu nak tetapkan alarm?! Kang nanti tak pasal-pasal terjaga!
Yee tahu! sabar la. Betul kena tetapkan alarm, tapi pastikan alarm tersebut tidak terlalu kuat atapun terlalu perlaha. Cukup sekadar untuk membuatkan kita terjaga, tetapi tidak sepenuhnya. Sebab? Kebanyakkan Lucid Dream ni berlaku dalam keadaan seseorang individu itu berada dalam separa sedar. Haa! Faham sekarang? baca la dulu. Tak payah melenting!! Yang ni paling penting, pastikan alaram tersebut akan berhenti dengan sendirinya. Tak perlu nak bangun dan ketuk jam korang tu. Bila alarm dah bunyi dan korang terjaga, teruskan tutup mata dan jangan bergerak. Ini adalah penting untuk pastikan anda sentiasa dalam keadaan separa sedar.

2. Buat Nota!

Aik! macam nak masuk kuliah pula, perlu nota bagai! Yee benda ni penting. Semua mimpi-mimpi yang korang lalui tu, tulis dalam buku. Kira macam diari la. Ianya untuk memperkuatkan minda anda, untuk menyambungkan sel-sel yang tak berhubung tu, agar lebih kreatif. Bila kita buat nota ni, kita akan ingat benda yang kita tulis tu. Tanda-tanda anda akan masuk ke alam Lucid Dream ni adalah apabila anda bermimpi, mimpi yang sama berulang kali.

3. Sebelum tidur, banyakkan berfikir.

Apa benda yang nak difikir tu? Terdapat beberapa benda yang anda kena fikir sebelum tidur untuk membolehkan anda mengalami Lucid Dream ni, antaranya ialah, jalan cerita yang kita nak mimpi, siapa yang akan ada dalam mimpi tu, apa yang akan terjadi dan sebagainya. Fikir benda ni berulang-ulang sebelum tidur. Agar ketika anda sedang tidur, otak masih berjalan berfikir dan akan masuk kedalam mimpi. Dalam mimpi tu bolehlah kembangkan jalan cerita yang korang dah buat tu.

4. Tetapkan 'tanda' bermula.

Apa tanda yang dimaksudkan tu? Sebagai contoh, alarm yang korang tetapkan pada step pertama tu, jadikan ia sebagai tanda! Tanda bermulanya Lucid Dream. Selain tu tanda lain juga boleh digunakan, contohnya ayam berkokok, atapun anda tahu setiap malam, orang bilik sebelah akan balik dan buka pintu pada jam 2 pagi. Jadikan bunyi pintu dibuka itu sebagai tanda. Pastikan tanda tersebut adalah yang anda familiar dan dengar setiap hari. Lama kelamaan, anda dah tahu tanda bermula tu walaupun dalam keadaan tidur. Maka di situlah anda boleh bermula untuk Lucid Dream.

5. Bangun, dan tidur semula.

Setiap kali anda terjaga dari tidur, usaha untuk tidur semula. Ini adalah cara alternatif selain menetapkan alarm tu. Bila anda terjaga, jangan bangun, duduk, ataupun berdiri. Kekalkan posisi anda sambil menutup mata seperti berada dalam keadaan paralyze. Jika kejadian ini berlaku secara berulang, berkemungkinan tinggi anda akan masuk ke dalam Lucid Dream.

Korang boleh mencuba mana-mana tips di atas untuk mencapai Lucid Dream. Ada di kalangan kita yang dah expert, tak perlukan benda-benda ni dan boleh masuk ke dalam Lucid Dream bila-bila masa dikehendakinya. Hebat bukan? Lakukan tips di atas secara berulang. Terdapat pelbagai kebaikkan Lucid Dream ni, nanti kita akan kongsi pada posting seterusnya. Stay tuned! Daaa~