Hello hai!
Harini, admin nak cerita sikit pasal Hello Gold ni.
Korang tahu tak Hello Gold tu apa? Hello Gold ni adalah sebuah platform yang membolehkan kita membeli dan menjual emas secara atas talian. Korang boleh memiliki emas walaupun dengan cuma RM1 je. YA!! RM1 sahaja.
Segala transaksi jual dan beli hanya boleh dilakukan dalam aplikasi Hello Gold sahaja. Oleh itu, pengguna harus memiliki aplikasi Hello Gold dalam Smartphone mereka. Untuk memuat turun aplikasi ini, boleh tekan di sini!
Dengan aplikasi Hello Gold ini, Korang bukan sahaja boleh membeli dan menjual emas, malahan korang juga boleh menghantar emas kita kepada kawan-kawan korang yang juga menggunakan aplikasi ini. Selain itu, apa yang sangat mengujakan ialah, korang boleh menebus emas yang korang beli dalam aplikasi ini dalam bentuk nyata! dalam bentuk fizikal!
Antara kebaikkan menggunakan aplikasi ini ialah;
1. Korang boleh membeli emas melalui aplikasi ini pada bila-bila masa sahaja! Selain itu korang juga boleh membeli emas mengikut kemampuan kita, tiada had minima yang diperlukan. Jika yang termampu ialah RM1, kita masih boleh memliki emas dengan nilai RM1 yang korang ada. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. tak gitu? Daripada menggunakan RM1 tersebut untuk benda yang tidak berfaedah, lebih baik menyimpan dengan membeli emas. Sebab? Harga emas semakin mahal dari tahun ke tahun.
2. Untuk mereka yang tidak ingin menyimpan emas secara fizikal, dengan aplikasi ini anda boleh memiliki emas tanpa perlu menyimpanya dalam bentuk fizikal dan boleh di tebus dalam bentuk fizikal pada bila-bila masa.
3. Sebagai simpanan kecemasan. Mana tahu nanti secara tiba-tiba anda memerlukan duit? Anda boleh menjual emas ini pada bila-bila masa.
4. Okey, yang ni paling best sekali. Korang boleh membeli emas dalam Hello Gold ni dan membayarnya dengan menggunakan aplikasi Boost!
Dah siap bayar, boleh shake-shake gitu. Dapat rebat sikit! ini adalah pilihan bayaran. Selain menggunakan online banking, emas di Hello Gold juga boleh dibeli menggunakan Boost! kewl rite?
SMART SAVER PLAN!
Selain itu, antara ciri-ciri yang ada dalam Hello Gold ini ialah 'Smart Saver'. Apa 'Smart Saver' tu? 'Smart Saver' ni adalah satu ciri yang dibangunkan dalam Hello Gold untuk membantu pelangganya(kita) untuk menyimpan dan merealisasikan impian kita.
Dalam Smart Saver ni ada pilihan kita nak menyimpan emas ni untuk apa? Untuk kahwin? Sambung belajar? Melancong? ataupun simpanan umum.
Selepas memilih sasaran simpanan yang kita lakukan, kita boleh memilih sumbangan bulanan kita, berapa nilai bulanan yang kita mampu untuk menyimpan.
Bermula serendah RM30 sebulan. Selepas tu, Hello Gold akan membantu kita membeli emas setiap hari dengan nilai gram emas paling tinggi pada hari tersebut.
Smart Saver akan melakukan operasi membeli emas ini selama 23hari tidak termasuk hujung minggu. Contohnya, jika sumbangan sebulan kita ialah RM30, maka Smart Saver akan membeli emas bernilai lebih kurang RM1.30 dengan fees sebanyak 0.04sen dalam setiap pembelian.
Kita boleh menambah dana sumbangan kita pada bila-bila masa sebelum tarikh terakhir tempoh sebulan berakhir ataupun dengan menggunakan 'direct debit'. Hello Gold akan memotong sejumlah wang dari akaun simpanan kita mengikut sumbangan bulanan yang ditetapkan. Mudah bukan?
Kini semua orang boleh memiliki emas! Untuk mula menyimpan emas, muat turun aplikasi Hello Gold di sini!
Anda juga boleh mendapatkan rebat sebanyak RM5 pada pembelian emas serendah RM50 dengan mengunakan kod kupon 'MUHA1RZW' pada bahagiam Rewards>Enter Code. Anda yang belum menggunakan mana-mana kod kupon juga boleh menggunakan kod ini 'MUHA1RZW'. Korang akan dapat rebat RM5 pada pembelian emas minima RM50, min pula dapat sedikit komisyen. Taknak guna pun takpe Hehe..
Itu je la perkongsian pada kali ni. Bolehlah share kepada kawan-kawan anda, media sosial ke mana-mana jela. sebab share itu gratis! mantul gais!









0 Comments