"Muka berubah, tetapi kasih tetap tak pindah"

Begitulah antara komen netizen apabila beberapa keping gambar menjadi tular di media sosial Facebook di mana dalam gambar tersebut, seorang lelaki sedang mencium seorang wanita yang dipercayai kekasihnya di mana wanita tersebut telah kehilangan hampir 90 peratus bentuk wajahnya.


Lelaki tersebut (gambar kanan) tengah memeluk wanita tersebut dan menciumnya dengan penuh kasih sayang tanpa sedikit pun rasa malu. Cerita sebenar di sebalik kecelakan yang terjadi pada wanita tersebut masih tidak diketahui, namun itu bukanlah menjadi isu. Satu gambar menimbulkan seribu perasaan.

Menerusi pengguna Facebook Nu Na yang memuat naik gambar tersebut, ianya telah mencuri perhatian netizen dan mendapat lebih dari 12,000 perkongsian. Walaupun sumber sebenar dan cerita sebenar gambar tersebut tidak diketahui, namun perkongsian tersebut meluluhkan hati dan memperlihatkan sisi lembut ramai pengguna Facebook di luar sana.

Kasih sayang yang telus dari hati dan tidak terbatas kepada luaran semata-mata. Pada zaman sekarang, amat sukar untuk mencari lelaki yang benar-benar menyayangi anda. Apatah lagi berkongsi kasih dan sayang apabila kecantikan luaran telah hilang.

"Hanya perempuan beruntung sahaja yang akan menemui lelaki seperti ini"

Jika anda telah menjumpai pasangan yang mempunyai ciri seperti lelaki di atas, maka jaga lah mereka sebaik mungkin kerana kita tidak tahu adakah kita akan bertemu dengan orang yang lebih baik jika kita meninggalkan pasangan kita sekarang.