Hai guys. Buat apa tu? Tengah lepak dengan member ke?
Yang duduk rumah tu, sahabat baik korang sihat? Admin bukan apa, saja nak ingatkan, hargailah persahabatan yang ada tu. Kalau gaduh-gaduh tu, cepat call sekarang! jangan buat min marah!!!
Viral Kisah sedih 3 sahabat yang dikongsi oleh MSazriman di twitter apabilah dia berhadapan dengan situasi dimana 3 sahabat dari Bangladesh ini berniat melawat rakan dan diminta tunjukkan arah. Dengan rasa berat hati dia menunjuk ke arah bilik mayat. Lebih menyedihkan lagi ketika 3 sahabat ini kelihatan gembira kerana dapat melawat rakannya tanpa mengetahui rakannya sudah pun meninggal dunia.
Dapat bayangkan tak? Merantau bersama-sama, susah senang sama-sama, tidur tempat yang sama, makan benda yang sama. Bila member sakit masuk hospital, semua orang sedih, lepastu datang nak melawat, bawa buah tangan, nak gembirakan hati member yang sakit.
Ingatkan dapat gembirakan hati member, rupanya kita yang tambah sedih apabila kawan yang kita nak lawat tu dah pergi dulu dari kita. Mesti kita akan rasa kehilangan. Tempat bergaduh, tempat meluah, tempat mintak tolong bila ada masalah.
Hargailah sahabat-sahabat yang masih ada di sisi selagi masih ada kesempatan. Haaa?! masih taknak call member? mai sini kepala tu, nak kena luku ke?! Call sekarang! now! go!
Sumber: MSazriman
PS: Para pembaca yang nak kongsikan cerita mereka, tak kisah la, sedih ke gembira ke, hantu ke, pengalaman luar biasa ke, boleh kirimkan kepada kami di sini! sertakan nama/social media untuk dijadikan sebagai sumber.




0 Comments