Kenal tak Lucinta Luna? Seorang penyanyi dan penari berasal daripada jiran seberang Indonesia yang lahir dengan nama Muhammad Fatah.

Artis terkenal berusia 30 tahun ini sudah pernah berkahwin dengan lelaki berasal daripada Filipina namun telah bercerai.


Seperti yang diketahui umum, Lucinta Luna ni adalah transgender. Seperti mana- mana artis transgender lain, apabila timbul isu yang mengatakan mereka ini adalah lelaki, bermacam-macam cara yang akan mereka lakukan untuk membuktikan mereka ini adalah perempuan.

Baru-baru ini Lucinta bertindak lebih berani untuk membuktikan kewanitaannya apabila 'tuala wanita'nya terjatuh semasa melakukan senaman di gym.


Peristiwa penuh 'bersejarah' ini dimuat naik videonya oleh Lucinta sendiri di laman Youtube peribadinya. Menurut Lucinta, dia ingin bersenam untuk mendapatkan bentuk badan seperti Lisa-Blackpink dan untuk mendapatkan punggung seperti Nicky Minaj. Biar seru gitu loh!

“Ratu sekarang mau nge-gym, tapi diajarin sama personal trainernya yang paling andal.” 

Lucinta telah melakukan beberapa senaman seperti berbasikal, berlari dan mengangkat bebanan bersama 'personal trainer' yang popular di sana iaitu Oppa.

Ketika melakukan senaman tinju bersama personal trainernya, Lucinta sangat kelihatan seperti abang sado okey. Sehingga Oppa menegur perlakuan itu dan dijawab oleh Lucinta;


"Aku ini bisa nge-gym, aku ini bisa karate, aku ini bisa manjat pohon, aku bisa manjat tebing, bisa panjat pinang, semuanya aku bisa lakuin.”

Namun apa yang menjadi tumpuan di sini ialah apabila Lucinta sedang melakukan senaman 'cooling off' ada sesuatu yang terjatuh dari seluarnya. Putih, lembut dan ada sedikit cecair kemerahan, cuba teka apakah benda itu?

Jeng jeng jeng!!

Betul!!! Tepat sekali tekaan anda! benda tersebut adalah pad yang mempunyai tompokan merah seperti darah haid! Euwwww.

Tak tahu la nak cakap apa. Jom tengok video bawah ni!


Mimin tak tahu la nak cakap apa, sampai ke situ eh usaha tu untuk nak menunjuk dia tu perempuan. Tahu la 'bebird' dah takde! Dia punya nak menunjuk tu kalah perempuan ori. Perempuan ori pun tahu malu la nak tunjuk benda-benda macam ni.

Apa pendapat korang??


Sumber: KLpress