Rancangan Realiti TV Big Stage telah melabuhkan tirai ahad lalu. Rancangan Realiti ini adalah antara fenomena yang hebat di Malaysia kerana ianya disertai oleh penyanyi bukan sahaja dari dalam Malaysia tetapi juga melibatkan penyanyi luar Malaysia.
Selepas pengumuman pemenang rancangan Big Stage tersebut, telah tular di media sosial apabila netizen menghentam tindakan Neeta yang telah memeluk Han Byul di pentas besar tersebut dan menyifatkan tindakan tersebut kurang sopan dan tidak sesuai dipertontonkan kepada umum.
Neeta tidak mahu menghangatkan isu tersebut dan menjelaskan mungkin tidak ramai yang tahu bahawa dia bukan beragama Islam.
“Saya ingin jelaskan kalau yang belum tahu, saya bukan Muslim sama
seperti Han Byul, berpeluk itu bukan saya nak kata salah atau betul.
Semasa dia peluk itu takkan saya nak tolak pula kan?"
“Lagipun setiap kali berjumpa kami memang akan berpeluk sebagai kawan
dan tidak lebih daripada itu. Lapan minggu kami bersama, hubungan itu
semakin rapat"
“Saya harap tak ada yang tersinggung, mungkin orang tak tahu kami bukan Muslim dan dalam hal ini saya tak salahkan penonton,” Ujar Neeta kepada Mstar Online.
Berikutan itu, Neeta juga meminta kepada netizen agar menggunakan platform sosial media dengan berhemah. Jika tidak tahu sesuatu perkara, lebih baik bertanya terlebih dahulu.
"Nak tegur tu boleh, tapi gunakan ayat yang baik. Kalau tidak tahu lebih baik bertanya!"
Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Neeta yang comel ni, kepada anda di luar sana, selidik lah dulu sebelum melemparkan ayat-ayat pedas. Bukan sahaja mengenai isu ini, tetapi dalam semua perkara. Takut nanti ada yang menjadi fitnah. Kan tak elok tu.
Apa-apa pun tahniah kepada Neeta Manisha! Teruskan berkarya! You go girl!!
Sumber: mStar Online
0 Comments