Ketagih Judi, Lelaki Bunuh Diri Di Simpang Mengayau, Sabah.
“Saya minta maaf kepada keluarga dan saudara mara saya bunuh diri sebab terlampau ketagih bermain judi.”
Itulah maksud dalam sebuah nota kecil di tulis dalam tulisan Cina yang ditinggalkan oleh seorang lelaki dalam kereta jenis Perodua Axia di kawasan parkir kereta di Simpang Mengayau, Kudat, Sabah.
Mayat seorang lelaki berusia 31 tahun yang beralamat Taiping, Perak ditemui mati di dalam kereta tersebut dipercayai mati lemas disebabkan terhidu asap daripada arang batu yang dibakar dalam kereta yang disewa tersebut.
Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata sebaik menerima panggilan itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kudat ke lokasi kejadian untuk siasatan dan pemeriksaan.
“Lelaki itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan dipercayai meninggal dunia akibat terhidu asap daripada arang yang dibakar dalam kenderaan yang disewanya.
“Pemeriksaan seterusnya turut menemui satu nota kecil dalam bahasa Cina yang bermaksud “Saya minta maaf kepada keluarga dan saudara mara saya bunuh diri sebab terlampau ketagih bermain judi.”
“Seterusnya mayat mangsa kemudian dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Kudat untuk siasatan lanjut,” katanya.
Mohd Firdaus berkata siasatan mendapati mangsa yang bekerja di sebuah restoran di Kota Kinabalu datang ke kawasan berkenaan dengan sebuah kereta Perodua Axia pada tengah malam sebelum mangsa ditemui mati oleh orang awam.
“Siasatan juga mendapati tidak ada unsur jenayah dan barangan milik mangsa seperti dompet dan telefon miliknya ditemui.
“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut ,” katanya.

Sumber: SabahNewsToday
0 Comments