Madhya Pradesh, India Tengah. Sepasang katak yang telah dikahwinkan Julai lalu untuk dipersembahkan kepada dewa hujan akibat kemarau panjang telah 'diceraikan'.

Mengikut kepercayaan, pasangan katak tersebut dikahwinkan  untuk dipersembahkan kepada dewa hujan untuk menenangkan dewa tersebut dan agar hujan turun akibat kemarau yang panjang.

Perkahwinan katak tersebut telah berlangsung di sebuah kuil di daerah Udupi, Karnataka. Malahan kad undangan perkahwinan juga telah diedarkan untuk menjemput tetamu meraikan majlis tersebut.

Namun, pada bulan September, negeri tersebut menerima hujan yang sangat lebat sehingga mengakibatkan pihak berkuasa melepaskan air di beberapa empangan untuk mengelakan empangan pecah dan menjadi banjir.

Berikutan kejadian hujan lebat tersebut, pasangan katak yang dikahwinkan itu telah dibawa ke sebuah kuil hindu di Kota Bhopal untuk diceraikan. Hal ini adalah mengikut kepada kepercayaan kaum tersebut bahawa dengan menceraikan pasangan tersebut akan menghentikan hujan.


Sumber: Malaysiakini