Anarchist secara umumnya adalah gerakan kumpulan ataupun golongan manusia yang seringkali ditafsirkan sebagai pembenci kerajaan. Namun, maksud sebenar di sebalik anarki ini adalah mereka yang mencintai kebebasan. Kebebasan dalam setiap hal.
Dalam bahasa Yunani, Anarki; αναρχία anarchía membawa maksud "tanpa penguasa" di mana setiap individu memliki kebebasan mutlak terhadap dirinya sendiri tanpa perlu di kawal oleh sesiapa. Kebebasan yang dimaksudkan ini adalah bermula sehingga sekecil-kecil hal seperti penampilan, bebas berbuat apa sahaja ke atas dirinya sendiri sehingga la meliputi cara hidup pengikut Anarchist yang mana mendukung kebebasan.
Mungkin inilah sebab kenapa Anarki dilabelkan sebagai pembenci kerajaan? kerana mereka mahukan kebebasan tanpa di kawal oleh kerajaan.
Siapa Hermes ni? Dalam mitologi Yunani, Hermes ni adalah anak kepada Zeus dan Maia. Dalam mitologi Rom, Hermes dikenali sebagai Mercury.
Caduceus adalah tongkat yang dibawa oleh Hermes, di mana tongkat ini adalah tanda bahawa Hermes adalah utusan yang dihantar oleh para Dewa. Tongkat ini juga sering dikaitkan dengan astrologi dan astronomi zaman purba di mana ianya diperbuat daripada serpihan planet Mercury.
Caduceus dikatakan mempunyai kuasa mistik dimana tongkat ini boleh membuatkan mereka yang 'tidur' akan 'terjaga' dan mereka yang 'terjaga' boleh 'tidur'. Dalam erti kata lain tongkat ini mampu menghidupkan mereka yang mati dan bole mematikan mereka yang hidup.
Apa yang lucunya, simbol Caduceus ini seringkali digunakan sebagai simbol organisasi penjagaan kesihatan dan mengamal perubatan terutamanya di Amerika Syarikat kerana keliruan dengan simbol perubatan tradisional, Rod Asclepius, yang hanya mempunyai satu ular dan tidak digambarkan dengan sayap.
The Black Sun atau dalam bahasa Jerman: Schwarze Sonne adalah simbol roda matahari Sonnenrad yang digunakan dalam konteks Nazi Jerman ataupun Neo-Nazis dan digunakan oleh organisasi misteri yang di gelar Satanisme.
Sebuah istana lama, telah diubahsuai dan diperluaskan oleh Heinrich Himmler dengan bertujuan untuk menjadikan bangunan tersebut sebagai pusat kepada The Black Sun.
Terdapat satu reka bentuk simbol dalam bangunan ini yang mempunyai dua belas sig runes radial, sama dengan simbol yang digunakan oleh The Black Sun dalam logo mereka.
Sama ada simbol mempunyai nama atau memegang apa-apa kepentingan khusus di kalangan The Black Sun masih tidak diketahui. Bangunan ini mempunyai kaitan dengan organisasi misteri Satanisme yang menggunakan Black Sun sebagai simbol sehinggalah bangunan ini mendapat gelaran Die Schwarze Sonne von Tashi Lhunpo ('The Black Sun of Tashi Lhunpo').
The Cross of Saint Peter ataupun Patrine Cross adalah lambang Salib-Latin yang telah diterbalikan. Secara tradisinya, lambang ini adalah simbol Kristian, namun sejak kebelakangan ini, ia telah digunakan sebagai simbol gerakan Anti-Krisitian kemudian digunakan oleh gerakan Satanisme.
Dikatakan, simbol ini berasal dari cerita Saint Peter, dimana dia meminta untuk disalibkan tetapi dalam keadaan terbalik, kerana Saint Peter merasakan dirinya tidak layak untuk mati dengan cara yang sama seperti Jesus.
The Eyes of Horus dikenali dengan banyak nama; wadjet, wedjat atau udjat adalah simbol kepada perlindungan yang digunakan zaman kuno Mesir untuk kuasa Diraja dan kesihatan yang baik. The Eyes of Hours hampira sama dengan The Eyes of Ra. Mewakili banyak konsep yang sama tetapi dimiliki oleh Tuhan yang berbeza.
Jika The Eyes of Ra dianggap sebagai Tuhan Matahari, The Eyes of Horus pula adalah Tuhan Langit yang biasanya digambarkan dengan helang. Jika The Eyes of Ra adalah mata kanan, maka The Eyes of Horus adalah mewakili mata kanan. Simbol mata dalam lambang The Eyes of Horus mewakili mata helang termasuk airmata yang terdapat di bawah mata dan ia juga mewakili bulan dan tuhan Djehuti (Thoth).
Dalam satu mitos, apabila Set dan Horus bertempur untuk takhta selepas kematian Osiris, Set menjatuhkan mata kiri Horus. Majoriti mata dipulihkan oleh Hathor atau Thoth. Apabila mata Horus pulih, dia menawarkannya kepada ayahnya, Osiris, dengan harapan dapat memulihkan hidupnya. Oleh itu, mata Horus sering digunakan untuk melambangkan pengorbanan, penyembuhan, pemulihan, dan perlindungan.
Maka, setakat itu sahajalah coretan pada kali ini dan akan bersambung pada masa akan datang. tu pun kalau rajin. Tulis panjang-panjang pun bukan korang baca!
Sumber: Wiki






0 Comments