Apa itu badi? badi ni adalah satu situasi, yang terjadi seperti malapetaka ataupun musibah ataupun perkara-perkara pelik kepada seseorang individu angkara gangguan penjaga daripada golongan makhluk halus ataupun jin selepas berlakunya sesuatu insiden. Orang tua dahulu percaya bahawa badi terdapat dan berada pada binatang yang menghuni hutan, pohon herba dan ubat-ubatan, juga kepada mayat. Badi mempunyai hubungan khusus dengan spiritual dan roh manusia.
Antara insiden yang mungkin membawa kepada terjadinya badi ini adalah seperti berikut:
1. Pergi ke hutan untuk memburu, ternampak binatang seperti ayam hutan, lalu menembak ayam hutan tersebut ataupun memerangkap ayam hutan tersebut dan membawa ayam hutan itu balik.
2. Pergi ke hutan bertujuan mencari rezeki untuk mengumpul dan mengambil tumbuhan herba dan ubat-ubatan pada pokok, dahan, ranting mahupun akar.
3. Seseorang individu pergi menziarahi orang mati, ataupun menziarahi kubur ataupun melalui kawasan angker lalu melihat kelibat atau berlaku sesuatu yang pelik.
Kesan daripada badi ini akan menyebabkan seseorang individu itu hilang kestabilan diri, sentiasa sakit, tidak tenteram, perasaan yang tidak menentu dan berubah-ubah, rasa lemah, tidak dapat tidur dan sebagainya sehingga berlaku perubahan yang ketara pada tingkah-laku dan perangai seseorang individu.
Malas pula nak sembang panjang lebar pasal badi ni, korang google la sendiri ye!
Entri kali ni adalah mengenai Badi Ayam Hutan dan bagaimana seorang ustaz yang bernama Ustaz Md Rosdi Hasan membuang badi ayam hutan tersebut!
Kenal Ustaz Md Rosdi Hasan? Bagi sesiapa yang belum mengenal ustaz ini, beliau merupakan ustaz yang boleh dikatakan mahir dalam perubatan islam serta berpengalaman di dalam mengendalikan situasi berkaitan paranormal di malaysia.
Ustaz Md Rosdi Hasan membuang badi ayam daripada seorang budak di mana budak tersebut telah demam selepas balik daripada hutan dengan membawa seekor ayam hutan.
Dalam satu video yang dirakam secara live pada 19/9/2018 menggempar banyak pengguna facebook apabila pemilik badi ayam hutan tersebut yang tidak diketahui sama ada dari spesis Jin ataupun Syaitan dapat dirakam dengan Jelas ketika makhluk tersebut datang untuk mengambil ayam hutan tersebut.
Dalam video tersebut, Ustaz Md Rosdi telah melepaskan ayam tersebut di tepi hutan sebagai salah satu langkah dan syarat untuk membuang badi ayam hutan tersebut diikuti dengan bacaan ayat melayu lama yang dikatakan sudah tidak difahami pada zaman ini. Berdasarkan video, Ustaz Md Rosdi mengatakan, jika ayam tersebut (dalam keadaan ayam tersebut berbaring, yang telah dilepaskan ikatan pada kaki) bangun, maka badi akan terbuang dan hilang.
Seusai melepaskan ayam hutan tersebut, Ustaz Md Rosdi dan pembantunya berlalu pergi dan menunggu beberapa meter daripada tempat kejadian .
Pada ketika itulah makhluk bertanduk berupa kambing dan bermata merah serta berkain putih dapat dilihat yang secara tidak sengaja terakam pada kamera (Part 2, minit 4.47), banyak orang yang berpengalaman dan mahir mengatakan bahawa makhluk bertanduk dan bermata merah itu merupakan jelmaan asli syaitan ataupun jin.
Jin dan syaitan biasanya hanya bertukar menjadi makhluk berbisa, pocong dan pontianak untuk menakutkan dan menyesatkan manusia tetapi kali ini ramai merasa bertuah kerana dapat melihat jelmaan asli yang tidak semua dapat merasai pengalaman seperti ini.
Perlu kita ingat bahawa Memperlihatkan diri dalam bentuk rupa yang asal atau berada dalam sifatnya yang hakiki adalah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan oleh jin ataupun syaitan. Dalam erti kata lain, manusia tidak boleh melihat mereka dalam kewujudannya yang asli, kerana Allah s.w.t telah memperkenankan permintaan bapak jin (ketika mula diciptakan) agar ia dapat melihat tetapi ia sendiri tidak boleh dilihat, “Sesungguhnya dia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari semua tempat yang kamu tidak boleh melihat mereka.” (Surah Al-A’raaf:27). Namun demikian, jin pula tidak boleh melihat malaikat kerana malaikat diciptakan daripada cahaya yang sudah pasti lebih hebat berbanding api.
Maka barang sesiapa yang mendakwa dia telah melihat jin/syaitan (dalam keadaan rupa sebenar) maka dia sebenarnya telah berdusta, kecuali dia adalah seorang nabi. Sebab bagi para nabi, melihat jin/syaitan adalah sesuatu mukjizat (bukti kenabian). Al-Qusyairi menyatakan, ‘Allah s.w.t telah menetapkan (mengikut hukum alam) bahawa anak cucu Adam tidak dapat melihat syaitan di dunia’. Manakala Al-Baihaqi meriwayatkan dalam ‘Manaqib Asy-Syafi’e dengan sanad dari Ar-Rabi’’ katanya, “saya mendengar ‘As-Syafi’e berkata, barangsiapa mendakwa dirinya melihat jin (dalam bentuk asli), maka kami menganggap syahadahnya telah batal kecuali ia adalah seorang nabi”.
Apapun mereka yang mendakwa telah melihat jin, mungkin ketika jin telah menampakkan diri dalam bentuk yang memang boleh dilihat (menyerupai atau menyamar dalam bentuk manusia dan haiwan) maka dalam hal ini tidak mengapa, kerana perkara ini ada disebut dalam pelbagai riwayat. Dalam buku ‘Aqidah Islam’ Prof Sabiq menulis, jin atau syaitan itu secara aslinya tidak dapat di lihat oleh mata zahir. Tidak diketahui bagaimana bentuknya dan mereka mempunyai kuasa menjelma diri dalam bentuk-bentuk yang lain. Namun begitu, ada juba yang berpendapat bahawa anak-anak kecil yang berusia 1 hingga 2 tahun dapat melihat jin dalam bentuk yang asli.
Bagaimanapun, di dalam situasi yang tertentu, manusia sebenarnya masih mampu melihat jin iaitu apabila ia dilakukan melalui upacara meminum air sihir tertentu atau pun apabila seseorang manusia itu terkena sihir. Air ini bila berada dalam tubuh seseorang, ia akan membentuk semacam ‘pusat’ besi magnet yang mampu menarik syaitan-syaitan untuk masuk ke dalam tubuhnya. Dengan ini, ia akan memberi gangguan terhadap susunan fizikalnya (kadangkala boleh menyebabkan seseorang itu tidak sedarkan diri). Ini seterusnya mampu memberikan kekuatan kepada dirinya untuk melihat, mendengar dan mudah dikuasai oleh jin atau syaitan tersebut.
Mari kita lihat antara komen-komen yang terdapat pada video tersebut yang telah berkongsi dan menceritakan pengalaman yang pernah mereka lalui.
Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah melihat sendiri video tersebut dan membaca komen-komen yang berada pada video tersebut di laman Youtube.
Kesimpulanya, tolong tolong tolong dan tolong, kepada anda-anda diluar sana, berhati-hati ketika masuk ke dalam hutan, dapatkan tips dan patuhi pantang larang daripada orang tua-tua.
Psttttttt!!! siapa dekat tepi tingkap tu??




0 Comments