Kecoh di laman sosial apabila tersebar satu video di mana seorang peminat telah mengambil tindakan berani mati dengan mencium seorang rappers terkenal Malaysia iaitu MK K-Clique ataupun nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin, 27.
Menerusi video tersebut, MK telah dikerumuni oleh sekumpulan peminat wanita sebelum salah sorang daripada mereka telah melakukan aksi luar kawalan tersebut.
Apa yang jelas, MK telah menunjukkan reaksi terkejut dan kurang selesa dengan tindakan peminat tersebut.
Tidak berhenti di situ, satu lagi video tersebar di mana dalam video tersebut, individu yang sama telah mencium tangan MK ketika MK sedang melakukan persembahan.
Bagaimanapun, MK menganggap perkara tersebut bukanlah sesuatu yang serius dan perlu diperbesarkan kerana peminat tersebut telah menghubungi team MK dan berkata dia tahu perbuatan tersebut salah dan amat kesal dengan tindakan tersebut. Peminat tersebut juga telah meminta maaf kepada team MK.
“Perkara itu bukan serius sangat pun, wanita itu sudah sedar dia buat silap dan hubungi team saya untuk minta maaf. Saya rasa ia tidak perlu diperbesarkan,” katanya kepada mStar Online.
Video berdurasi 8 minit itu telah menerima banyak kecaman daripada netizen, sehingga ada yang menyifatkan perbuatan tersebut merupakan satu gangguan seksual kepada selebriti terkenal tersebut.
Rata-rata netizen merasa kesal dengan tindakan peminat tersebut dan ada yang melabel perempuan tersebut sebagai perempuan murahan.
"Murahnya kamu perempuan. Mahal lagi si rapper yang jelas tak suka kamu"
Tidak kurang dengan itu, ada juga yang melabel perempuan tersebut sebagai sundal dan tidak tahu menjaga maruah.
Antara komen-komen pedas netizen lain;
Tidak kurang juga komen yang melawak tetapi menyindir.
Apa-apa pun peminat dinasihatkan untuk menjaga tingkah laku dan berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan. Takut nanti dikecam oleh netizen. Hormatilah privasi idola anda!
Sumber: mStar
Sumber: mStar








0 Comments